Berdasarkan nilai-nilai yang telah pun kamu pelajari melalui aktiviti pementasan dalam kelas, kongsi sebuah kisah yang pernah kamu lihat atau alami sendiri. Pengalaman kamu harus menyisipkan salah satu daripada nilai-nilai mulia berikut seperti jujur, pemurah, jimat, cekal, berdikari, rendah diri, amanah, kasih sayang dan bercakap benar.
Syaz
3/8/2012 12:56:31 am

Salah satu daripada pengalaman saya yang berkaitan dengan kejujuran adalah tentang insiden telefon bimbit saya. Pada tahun lepas, telefon bimbit saya tertinggal di dalam tandas sekolah kerana kealpaan saya sendiri. Selepas satu jam baru saya sedar and mula panik. Mujurlah telefon bimbit saya itu di hantar ke pejabat sekolah dan tidak diambil sesiapa. Saya amat berterima kasih kepada orang yang telah bersikap jujur dan tolong menghantarkan telefon bimbit saya ke pejabat sekolah.

Reply
Sofia
3/8/2012 05:48:06 am

Seseorang yang memberi inspirasi kepada saya ialah sahabat karib saya, Balqis. Dia bekerja secara sambilan di Starbucks pada hari minggu dan kadang-kadang hari biasa pada sebelah petang. Walaupun terpaksa membahagikan masa antara pelajaran, CCA dan pekerjaannya, Balqis tidak pernah mengadu atau berputus asa. Dia cekal bekerja kerana ingin menolong ibunya menampung perbelanjaan keluarga. Saya ingin mencontohi sikap Balqis yang sangat positif ini.

Reply
Ahmad Tamimi Bin Abdullah
3/11/2012 07:32:57 am

Jika disebut kekata pemurah, saya teringat akan ibu bapa saya yang boleh saya sifatkan sebagai orang-orang yang pemurah. Apabila mereka ternampak seorang peminta sedekah di luar, mereka selalu menderma kepadanya. Kata mereka, orang yang mempertingkatkan amal jariahnya akan dimurahkan rezki. InsyaAllah. Jadi, saya ingin mencontohi sifat mereka itu dan berharap dapat membantu seberapa ramai orang yang termampu.

Reply



Leave a Reply.